![[VIDEO] Josiah Hogan Peluk Islam Sejak Umur 4 Tahun](https://asset.ohbulan.com/2025/05/josiah.jpg)

Pelakon Josiah Hogan tampil menjelaskan agamanya apabila menyedari masih ramai yang keliru dengan kepercayaannya.
Artikel Berkaitan: Josiah Hogan Dalam Proses Dapatkan IC Biru, Enggan Guna ‘Pintu Belakang’ – ‘Masih Menunggu Kelulusan & Pengesahan’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Sudah Belajar Mendalami Islam Sejak Tujuh Tahun Lalu’ – Kenji Sawahi
Agama Josiah Hogan
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Josiah Padilla Hogan, 39, dilihat menjawab pertanyaan netizen mengenai agamanya.
Jelasnya, dia memeluk Islam pada usianya seawal empat tahun.
Aku selalu dapat soalan tentang agama.
Jawapannya, ya aku Islam.
Aku dengan mak aku, kami peluk Islam masa umur aku empat tahun dan umur dia 24 tahun.
Kami masuk balik Islam di Texas, Amerika Syarikat.
Mak aku balik kerja, tiba-tiba dia suruh aku mengucap dua kalimah syahadah dan Alhamdulillah kami Islam sampai hari ini.
Dalam pada itu, Josiah berharap agar penjelasan ringkasnya membantu bagi tidak menimbulkan sebarang salah faham pada sesetengah pihak mengenai agama yang dianutnya.
Semoga dipermudahkan




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan pelakon berusia 39 tahun itu agar sentiasa memilih agama Islam sehingga akhir hayatnya. Selain itu, warganet turut menitipkan doa buat Josiah agar dipermudahkan urusan sebagai seorang yang beragama Islam.
Sumber: TikTok @Josiahhogan








