berita

[VIDEO] Judika Perkenal Lagu Baru, Bunga Citra Lestari Tak Dapat Tahan Sebak, Menangis Tertunduk

March 3rd, 2020 | by Arini Saleh
Video Popular

Walaupun masih bersedih dengan kehilangan suami, Bunga Citra Lestari dilihat hadir di malam Result & Reunion Show Indonesian Idol X di Studio RCTI, Jakarta Barat. Bunga yang mengenakan pakaian hitam dengan solekan nipis mendapat standing ovation dari penonton sebaik sahaja masuk ke studio.

Namun begitu, Bunga tidak dapat menahan sebak apabila mendengar persembahan daripada Judika yang mendendangkan lagu terbarunya ‘Tak Mungkin Bersama’.

Nangis teresak

Menurut Judika, disaat menghasilkan lagu ini dia menerima khabar kehilangan sahabat artis, Ashraf Sinclair. Disaat itu dia turut menangis kerana lagu seakan-akan ada kaitan dengan kisah cinta Bunga Citra Lestari.

Bunga yang berada di bangku juri tidak dapat menahan sebak lalu menangis teresak-esak. Suara Judika juga dilihat menggeletar menahan air mata dari gugur. Lagu tentang kehilangan insan yang dicintai itu membuatkan suasana menjadi pilu.

Bunga Citra Lestari berkali-kali menyapu air mata sehingga tertunduk di meja juri kemudian dipeluk Ari Lasso. Ari Lasso dilihat cuba menenangkan Bunga dengan menepuk bahu. Selesai nyanyian, Judika memberikan pujian kepada Bunga kerana menjadi seorang wanita yang kuat.

Boleh tepuk tangan buat Unge. Satu orang yang sangat mengajarkan saya banyak hal, wanita yang sangat kuat, tetap kuat kami support Unge.

Di ruangan komen, ramai yang turut berduka melihat keadaan Bunga yang lagi kecundang dengan emosi. Mereka mendoakan semoga artis ini diberikan kuat untuk menjalani hari-hari tanpa suami tercinta, Ashraf Sinclair.

Semoga tabah

Sumber : Info Dunia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×