berita

Video : Junho 2PM Lancar MV ‘Feel’ Versi Jepun

July 9th, 2014 | by Ai
Kini Trending

lee_junho__2pm

Siapa yang tak kenal dengan kumpulan K-Pop terkenal 2PM kan? Hari ini, kami ada berita gembira untuk semua peminat-peminat kumpulan yang dibarisi oleh jejaka kacak ini.

Kalau nak tahu, salah seorang ahli kumpulan mereka, Junho telahpun melancarkan muzik video terbaru versi Jepun yang berjudul ‘Feel‘.

Memang layan habis lagu ni, malah, MV ini juga merupakan lagu yang dimuatkan dalam album solo kedua Junho yang juga bakal dilancarkan hari ini di Jepun.

junho

Menariknya, video berdurasi 3:58 ini turut menampilkan pelakon dan penyanyi jelita Min Hyorin sebagai lead dalam MV ini. Malah, GOT7, JB and Jr pun ada. Menarik!

Menerusi MV yang penuh berwarna-warni ini, Junho cuba untuk memenangi pelakon Min Hyorin dan bakal membawa anda semua merasai perasaan cintanya. Cewah.

junho 2

Wah! Min Hyorin pun ada!

junho1

Tapi, bukan ahli 2PM la kalau tak show off skil tarian kan? Apa yang boleh kami katakan, teknik tarian Junho benar-benar menggetarkan jiwa.

Sekadar info tambahan buat peminat Junho, jejaka ini kini sedang sibuk mengusahakan satu projek filem dan juga bakal tampil dengan jelajah solo keduanya di Jepun pada Julai dan Ogos ini.

Apapun, jom tengok dulu MV Feel ni dulu ya. Selamat menonton!

Sumber: Soompi

SKIP THIS AD ×