Sufian Suhaimi

Individu yang bertanggungjawab menata rias wajah Sufian Suhaimi sewaktu majlis penikahan penyanyi itu mengakui tidak sukar untuk menyoleknya.

Artikel Berkaitan: Sufian Suhaimi Sah Bergelar Suami Rania Al Sadat

Artikel Berkaitan: Sufian Suhaimi, Rania Al Sadat Nikah Hari Ini

Tak sukar makeup

Sufian Suhaimi

Ketika dihubungi OhBulan!, penata rias yang dikenali sebagai Aizam Azha berkata, dia tidak menggunakan teknik solekan yang tebal kerana tekstur kulit Sufian sudah sedia bersih.

Amat mudah untuk menyiapkan Sufian Suhaimi kerana dia memiliki kulit yang bersih.

Saya hanya memberikan DNA solekan saya agar dia nampak berseri dan kemas di hari bahagianya.

Gaya solekan yang saya gunakan adalah ‘clean and manly’ makeup. Gaya khas untuk seorang lelaki yang mana teknik itu tidak mengubah wajah asal.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Groomstylist (@karyabyaizam)

Berkongsi lanjut, Aizam juga mengakui mudah untuk berurusan dengan pelantun lagu ‘Di Matamu’ itu kerana dia seorang yang peramah dan ceria.

Sufian sangat mudah untuk dibawa berbincang dan mesra. Perkara itu sekali gus memudahkan proses dan sesi bersiap berjalan lancar.

Saya juga ambil kesempatan ucapkan tahniah dan semoga bahagia hingga syurga buat Sufian.

Terdahulu, Sufian selamat melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hati, Rania Al Sadat pada pagi Jumaat.

Sufian menyerahkan mas kahwin berupa 1 dinar emas, bersama tiga dulang hantaran berbalas lima, termasuk sebentuk cincin dan gelang buat pengantin perempuan.

Sumber: Instagram