![[VIDEO] ‘Kadang Malu Sebab Selalu Jadi Sosok Yang Mengecewakan’ – Datuk Red](https://asset.ohbulan.com/2026/01/datuk-red-2.jpg)
Usahawan dan personaliti media sosial, Datuk Red meluahkan rasa bersalah pada anak-anak apabila tidak dapat memberikan yang terbaik sebagai seorang ayah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Datuk Red Jumpa Pengganti? Individu Misteri Dilabel Sebagai ‘Wanita Hebat’ – ‘Dia Penyayang Dengan Anak-Anak’
Artikel Berkaitan: Adira & Datuk Red Didakwa Sudah Kembali Rujuk? Kakak Respon – ‘Celah Mana? Satu Keluarga Terkejut’
Maafkan papa
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Datuk Red atau nama sebenarnya Adnan Abu dilihat berkongsi beberapa momen bersama anak-anak.
Datuk Red mengakui rasa malu kerana menjadi figura seorang ayah yang mengecewakan.
Nak, maafkan ayah yang selalu gagal membuatmu tersenyum.
Kadang ayah rasa malu sebab selalu jadi sosok yang mengecewakan.
Waktu terus berjalan dan ayah takut tak sempat menyematkan bahagia di hidupmu.
Tegas Datuk Red, dia akan berusaha sehabis baik demi kebahagiaan anak-anak sekali gus berharap agar dirinya dimaafkan kerana dianggap gagal menjadi seorang ayah yang baik.
Percayalah nak, demi senyum dan bahagiamu, ayah rela menyerahkan nyawa ini pada dunia.
Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihatmu tersenyum getir hanya untuk menutupi tangismu.
Semoga suatu hari nanti kau boleh memaafkan semua kegagalanku.
Kata semangat daripada netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak membaca kapsyen yang disertakan Datuk Red. Selain itu, warganet turut mendoakan agar Datuk Red kuat menempuhi segala ujian demi anak-anak.
Imbas kembali, Adira dan Adnan melangsungkan perkahwinan pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. Mereka sah bercerai pada 24 April tahun lalu.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 3.
Meskipun sudah berpisah, Adira dan Adnan masih menjaga hubungan baik dan kerap berjumpa demi anak-anak.
Sumber: TikTok @dato.red