Di TikTok, viral sebuah rakaman video yang memaparkan seorang wanita dilamar oleh keluarga sebelah lelaki di sebuah gerai makan. Lebih mencuri tumpuan, majlis yang yang diadakan secara kecil-kecilan itu hanya dihadiri ahli keluarga sahaja. Itupun tidak ramai!
Kahwin elok-elok
Menerusi video berdurasi 0:22 saat, wanita yang dikenali sebagai @aidadaud7 berkongsi momen indah ketika merisik kekasih hati adik lelakinya. Dalam video tersebut juga dapat dilihat ibu dan ayah kepada wanita yang tersebut.
Ibu wanita yang dilamar iaitu wanita yang memakai tudung merah dan kelabu itu pada awalnya tersilap ingin menyarungkan cincin kepada anak perempuannya.
Kemudian, kakak lelaki yang ingin melamar tersebut atau dengan panggilan kaklong telah menegur dan mengambil tugasan menyarungkan cincin tersebut. Mereka kelihatan sangat mesra dan mendapat pujian daripada netizen kerana kelihatan tidak kekok dan bersahaja.
Kaklong yang merupakan bakal kakak ipar gadis tersebut juga sempat ‘sound’ dengan nada bergurau dengan mengatakan “kahwin elok-elok, kalau gaduh aku rembat”. Kesemua mereka tertawa dengan jenaka tersebut dan dipersetujui oleh ibu kepada wanita yang dilamar itu. Berdasarkan video itu, ramai yang memuji dan menyatakan hasrat mereka untuk mengadakan majlis sederhana seperti tu.
Video
@aidadaud7 Alhamdulillah.. Settle tugasan Kaklong lamar bakal isteri untuk adik kita.. Siap sound lg hehe #cikguaida #proposalvideo #kahwin #lamaran
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berkata mereka suka melihat majlis yang dibuat secara ringkas seperti itu.
Sumber: Aida