Usahawan terkenal, Kak KM mempunyai sebab tersendiri apabila memilih untuk menyediakan kediaman untuk setiap cahaya matanya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Menangis Anak Bakal Masuk Universiti – ‘Nanti Kalau Faris Lapar Macam Mana?’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Beli Rumah Untuk Setiap Anak, Netizen Puji Pengorbanan Kak KM – ‘Suka Tengok Cara Dia Hargai Anak-Anak’

Demi anak-anak

kak km family

Ketika ditemui OhBulan!, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli berkata, kehidupan lalu memberikan dirinya inspirasi untuk mengubah nasib anak-anak ke arah yang lebih baik.

Ini adalah niat pertama waktu saya susah, sebelum saya berniaga lagi. Saya merasakan sampai bila kami nak sewa rumah dan anak-anak pula terpaksa berkongsi bilik.

Saya ada anak perempuan dan anak lelaki, jadi tak boleh sekalikan mereka dalam satu bilik. Saya berniat berniaga pun memang untuk keluar daripada kesusahan.

Pemikiran saya berbeza dengan orang lain, semua yang saya mahu saya dapatkan sendiri. Saya tahu jerih perih betapa susahnya nak cari wang sebab itu saya tak mahu anak-anak saya susah.

Menurut usahawan berusia 44 tahun itu, tindakannya membeli rumah untuk anak-anak adalah sebagai perancangan awal seandai dia sudah dijemput ilahi.

Kita tak tahu masa depan macam mana, sama ada kita ini umur panjang atau pun tidak.

Jadi saya buat persiapan awal, andai terjadi apa-apa dekat saya, saya tak mahu anak-anak terbiar. 

Insya-Allah kalau saya tiada pun saya tak mahu meninggalkan beban kepada mereka. Saya tak mahu apabila saya tiada, mereka terkapai-kapai tak tahu nak duduk dengan siapa.

Alhamdulillah Allah beri rezeki lebih. Bukankah mereka juga yang akan mewarisi harta kita? Allah beri rezeki kepada saya pun sebab saya tumpang rezeki anak.

Pindah apabila sudah kahwin

Dalam pada itu, Kak KM turut mendedahkan bahawa harga untuk sebiji rumah bagi setiap anak-anaknya adalah RM 1 juta.

Anggaran setiap sebuah rumah untuk seorang anak dalam RM1 juta. Kita hidup di kawasan Kuala Lumpur jadi harganya memang begitu dan yang penting selesa.

Belum ada yang tinggal seorang. Apabila mereka sudah berumah tangga barulah pindah.

Terdahulu, Kak KM pernah berkongsi momen gembira ketika membeli rumah buat anak-anaknya iaitu Nabila, 21, Faris, 19 dan Rania, 16.

Untuk rekod, Kak KM dan suami, Ramzan Ramli memiliki empat orang cahaya mata bersama termasuk anak bongsunya Cinta Carissa yang kini berusia empat tahun.