Kakak kepada usahawan Kak KM iaitu Kak Nona, berkongsi tentang pengalamannya mengerjakan umrah baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Berjaya Himpunkan Sembilan Penyanyi Rock Satu Pentas! Kak KM & Nona Bangga Dengan Kejayaan Konsert ‘Rock Legend Berzaman’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Perkahwinan Satu Perjudian’ – Kak KM Nasihat Anak Perempuan Jangan Harapkan Duit Lelaki, Berdikari & Cari Pendapatan Sendiri
Perkongsian Kak Nona
View this post on Instagram
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Kak Nona atau nama sebenarnya Rose Azlin Rosli berkata, sebelum berangkat ke Tanah Suci dia mengalami penyakit ‘slip disc’.
Sebelum saya datang sini, saya kena slip disc dan ramai tahu saya masuk hospital.
Semasa beberapa hari sebelum ke pergi umrah, saya susah nak berjalan..sakit belakang dan tak boleh tunduk.
Bagaimanapun, Kak Nona memberitahu sakit itu hilang ketika dia menunaikan umrah dan dengan penuh sebak dia meluahkan rasa syukur kepada Allah SWT.
Tapi ajaibnya, memang kuasa Allah..sampai sahaja dekat sini saya jadi sihat.
Boleh buat umrah, boleh bertawaf, saie dan selesai umrah pertama tanpa sakit pinggang, syukur Alhamdulillah.
Saya juga buat umrah kedua untuk arwah bapa saya.
Nasihat Kak Nona
View this post on Instagram
Dalam pada itu, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri tersebut sempat menitipkan nasihat tentang hikmah dan nikmat ibadah ketika berada Makkah.
Pada sesiapa yang ada masalah, ada dugaan hidup..di sinilah tempatnya untuk berdoa. Mustajab doa.
Allah memang buka jalan yang betul. Hidup dekat dunia ini siapa yang tak mahu berubah? Jadi insyaAllah dengan apa yang Allah tunjuk dan nikmat yang diberi sebelum ini.. ini (umrah) tanda kita bersyukur.
Sebelum ini kita sibuk cari duit, tak ada masa. Cuba renungkan balik.
Macam saya, sudah lama saya besarkan anak, berniaga tetapi saya terfikir..’apa persediaan aku untuk diri sendiri?’
Sumber: IG Kak Nona