Usahawan terkenal Kak Ton mendedahkan tentang pengalamannya ketika berdepan dengan sihir dan perkara mistik.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Harris Annuar Dedah Jerih Perih Kak Ton Cipta Nama – ‘Mummy Jual Jamu Dari Flat, Pernah Setahun Tak Ada Jualan’

Artikel Berkaitan: Harris Annuar Kongsi Keadaan Terkini Kak Ton, Dedah Terkena Tempias Sihir Ibu – ‘Saya Pernah Nampak Pocong’

Perkongsian Kak Ton

@sembangseram

Allahu 8 tahun tu lama weyy. Moga kita dijauhkan dari benda-benda camni 😭 #kakton #sembangseram #podcast #horrorstory #kisahseram

♬ original sound – sembangseram – sembangseram

Menerusi podcast Sembang Seram, Kak Ton atau nama sebenarnya Zaiton Hassan, 67, mendakwa seorang pengasas produk pernah menggunakan ilmu hitam untuk mengganggunya.

Ada seorang pengasas ini dia selalu ikut saya ketika ada penggambaran TV. Dahulu dia hanya pengasas kecil-kecilan sahaja.

Suatu hari ketika penggambaran Wanita Hari Ini di sebuah hotel, biasanya orang dalam sahaja akan tahu tetapi saya tak tahu macam mana pengasas itu boleh berada di situ juga.

Saya tak sedap hati. Ketika saya tengah bersolek, ada seorang pekerja kepada pengasas tersebut tawaf (jalan mengelilingi) saya sebanyak tujuh kali.

Saya nak keluar, pengasas itu dan pekerjanya berdiri di pintu hotel, semasa masuk ke kereta saya dapat rasakan dia seolah-olah menghantar sesuatu kepada saya.

Susulan kejadian itu, Kak Ton berubah sikap lalu bertindak membatalkan kontrak dengan stesen TV.

Selepas beberapa minggu, saya jadi takut dan tak mahu ditemu bual.

Tiba-tiba saya buat keputusan mendadak seolah-olah ia bukan dari saya. Saya dah ada kontrak dengan TV untuk dua tahun tetapi dengan tiba-tiba saya cakap, ‘hari ini hari terakhir saya, saya takkan keluar TV.’

Kak Ton diganggu

Bercerita lanjut, Kak Ton mendakwa salah seorang stafnya juga telah menghantar sihir sehingga dia mengalami beberapa kejadian mistik yang menyeramkan.

Saya kena tindih dan ada staf buat hal.

Ada staf sihir saya juga. Staf lain beritahu saya, dia pergi Indonesia dan sembelih ayam hitam.

Keesokan harinya ada cermin jatuh kemudian saya naik ke tingkat tiga untuk tengok.

Saya nampak lampu dalam bilik teater terbuka, rasa lain macam dan perlahan-lahan saya intai dari pintu.

Saya pusing sekali lagi dan nampak ada satu family dekat sofa tu, ada budak kecil dua orang, seorang lelaki dan seorang perempuan.

TV tak buka pun tetapi mereka tersandar dan menghadap ke arah TV, macam tengok wayang.

Meskipun perkara tersebut telah berlalu namun Kak Ton tidak akan dapat melupakan tindakan pengasas berkenaan kerana ia memberi kesan besar dalam kehidupannya.

Ketika saya tidur saya selalu mimpi orang itu (orang yang menghantar sihir). Bila selesai solat saya akan nampak dia tapi sekarang tidak lagi.

Dia pula sekarang masih bergelar pengasas, masih aktif dan terkenal tapi saya tak ambil tahu tentang dia lagi.

Selepas saya jatuh, siapa yang naik?

Sumber: Sembang Seram