berita

[VIDEO] ‘Kakak Ada Hadiah Nak Bagi’ – Fasha Sandha

February 21st, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, pelakon, Fasha Sandha akhirnya berjaya menjejaki seorang remaja penghantar makanan yang kisahnya viral di media sosial sejak hari Ahad yang lalu.

Dapat jumpa

Dengan izin Allah, dapat berjumpa adik contoh yang viral ni. Semoga kita dapat mengambil teladan daripada kisah adik ni. Semoga adik ni sukses.

Menurut Fasha, remaja yang dikenali sebagai Shahril itu wajar dijadikan contoh buat penghantar makanan yang lain. Ini kerana, remaja berusia 19 tahun itu seorang yang bertanggungjawab. Ujar Fasha, Shahril ‘tidak lari’ selepas melanggar sebuah kereta baru-baru ini.

Pujian harus diberikan pada adik yang tak lari selepas melanggar, ada sesetengah yang langgar lari. Langgar side mirror kereta lepas tu pecut lari risau kena bayar. Kadang-kadang kita bukan nak suruh bayar pun, say sorry pun dah memadai.

Berikutan daripada itu, hasrat Fasha untuk bertemu remaja tersebut berhasil apabila abang iparnya cuba menghubungkan mereka.

Dia tidak aktif di sosial media sangat. Baik budinya. Terima kasih bang long (abang ipar saya) yang tolong menghubungkan kami. Alhamdulillah.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, Fasha bertemu dengan Shahril di sebuah restoran sekitar ibu kota. Selain Fasha, suaminya iaitu Aidil dan keluarga dilihat hadir bersama pada waktu itu. Fasha turut menyampaikan sumbangan wang tunai sebagai penghargaan buat remaja tersebut.

Sumber: Fasha Sandha

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×