Raya dah tak lama lagi dah ni, mesti korang semua tengah sibuk buat persiapan kan? Sambil-sambil buat pesiapan tu, apa kata korang buat satu video karaoke nyanyi lagu raya.
Haaa, nak tau kenapa admin suruh korang berkarok sambil buat persiapan raya, meh la tengok video kat bawah ni.
Amboi, kaki karok ni, pantang dengar lagu kat mana je mesti nak menyanyi. Diorang ni bukan kisah pun orang tengok asal dapat menyanyi kan.
Mesti korang semua tertanya-tanya kan, macam mana nak masuk contest ni.
PERTANDINGAN SING ALONG
Senang je, korang hanya perlu ikut langkah mudah seperti ini:-
LANGKAH 1
Rakam video 1-minit anda atau rakan-rakan anda menyanyikan mana-mana lagu Hari Raya. The more creative it is, the better! Serta pastikan ada idea Muhibah dalam video korang tau!
LANGKAH 2
Muat naik video ke akaun Facebook atau Instagram peribadi anda, dan jangan lupa untuk menetapkan profil anda kepada ‘Public’.
LANGKAH 3
Sertakan hashtags #rayakita #ecoworld #rayakitasingalong dalam kapsyen anda semasa memuat naik video anda.
LANGKAH 4
Pergi ke ECOWORLD untuk menghantar borang pendaftaran anda.
Admin dengar, hadiah yang disediakan agak menarik iaitu Baucar Percutian bernilai Rm10 000 dan smartphone Samsung S9 Plus.
Korang tunggu apa lagi….mana tau rezeki raya, beraya sakan la ye!