Benarlah orang kata, kalau dah jodoh tidak kemana. Biarlah berpisah lama sekalipun, jika benar dia adalah jodoh kita maka suatu hari nanti pasti akan bersatu jua.
Begitulah kisah yang dialami oleh bekas pasangan kekasih ini apabila mereka akhirnya disatukan sebagai suami isteri setelah terpisah selama berpuluh-puluh tahun.
Berjodoh pada usia 61 tahun
Menerusi video yang dimuat naik oleh Kbswedding di TikTok, memaparkan pasangan pengantin warga emas itu sedang bergambar di atas pelamin sambil menunjukkan kad pernikahan mereka.
Dalam pada itu, pengantin lelaki berkenaan mengakui bahawa dia tidak dapat melupakan isterinya yang merupakan cinta pertamanya.
Gagal move on. Lepas berpuluh-puluh tahun terpisah, akhirnya berkahwin juga dengan cinta pertama pada usia 61 tahun.
Meskipun mereka bernikah pada usia yang tua, namun lelaki berkenaan tetap nampak romantis apabila dia dilihat berkali-kali cuba mencium pipi isterinya ketika sesi bergambar sehingga membuatkan wanita tersebut terkejut.
Video berdurasi 24 saat itu meraih lebih sejuta tontonan dan mendapat lebih 77 ribu tanda suka di TikTok.
Gagal move on
@kbsweddingGagal move on ???? suara asli – Kbswedding
‘Dunia milik berdua dah’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut tumpang gembira dengan masjid yang dibina oleh pasangan pengantin berkenaan. Malah ada juga di antara mereka yang mendoakan agar hubungan mereka kekal bahagia hingga ke syurga.
Sumber : kbswedding