Umum mengetahui, jumlah kes Covid-19 di Malaysia sudah melebihi 20 ribu kes hari ini. Peningkatan jumlah kes tersebut ternyata menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat Malaysia.
Terbaru, viral sebuah rakaman video mengenai sikap warga asing yang didakwa tidak mematuhi SOP ketika berada di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di Shah Alam, Selangor.
Nak salahkan siapa?
View this post on Instagram
Menerusi video yang berdurasi 1:36 saat itu, kejadian tersebut dipercayai berlaku di PPV Midlands Convention Center Shah Alam, hari ini. Difahamkan, PPV tersebut dikhususkan buat warga asing yang belum menerima tarikh tempahan vaksin mereka. Kesemua mereka dibenarkan untuk walk-in di PPV tersebut.
Namun begitu, menerusi tinjauan orang awam yang lalu lalang di kawasan tersebut, rata-rata warga asing yang hadir didakwa tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Antara kesalahan yang jelas kelihatan ialah mereka tidak mengamalkan jarak 2 meter semasa beratur untuk mendapatkan vaksin. Susulan daripada video berkenaan, rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang di media sosial.
Takut tengok
Terdahulu, Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) menyenaraikan sembilan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembah Klang yang terbabit dalam program vaksinasi secara walk-in bermula sejak Isnin lalu. Menurut CITF, program vaksin itu dibahagikan kepada dua tarikh iaitu 2 hingga 4 Ogos dikhaskan khusus untuk individu 40 tahun ke atas atau golongan komorbid di Lembah Klang. Manakala, 5 hingga 22 Ogos pula dikhususkan kepada semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas di Lembah Klang.
Bagi warga asing yang berusia 40 tahun ke atas dan golongan komorbid di Lembah Klang, mereka boleh mendapatkan suntikan vaksin secara ‘walk in’ bermula 9 hingga 11 Ogos ini. Warga asing yang berusia 18 tahun ke atas pula akan dibenarkan menerima vaksin pada 12 hingga 22 Ogos. Ujar CITF, program vaksin secara walk-in ini bermula pukul 2 petang pada setiap hari, tertakluk kepada hari operasi PPV masing-masing.
Sumber: Instagram