![[VIDEO] ‘Kalau Papa Disondol, Saya Biarkan Tapi Wasiat Nama Saya’](https://asset.ohbulan.com/2025/06/shahida-1.jpg)
Usahawan terkenal, Datin Seri Shahida enggan mempertahankan perkahwinannya andai diuji dengan orang ketiga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shahida Kongsi Tips Bersalin Tanpa Jahitan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shahida ‘Sakit Mata’ Lantai Kotor, Netizen Puji Tak Endah Gelaran ‘Datin Seri’
Kalau nak pergi, silakan
Menerusi potongan klip siaran langsung TikTok, Shahida dilihat menjawab pertanyaan netizen sambil mempromosikan barangan yang dijualnya.
Ujarnya, lelaki yang ‘gila bayang’ enggan menerima sebarang nasihat atau kata-kata daripada orang lain.
Kalau papa disondol, saya biarkan saja.
Lelaki kalau dah gila bayang dengan perempuan lain, kita buat apa pun, dia tidak kisah.
Tiada guna mempertahankan orang yang macam itu. Biar kan saja.
Lelaki kalau kita merayu pun mereka tidak akan layan, sebab dah ada benda yang dia nak.
Buat apa nak gaduh pasal lelaki. Buang masa.
Tegasnya, seorang perempuan perlu memiliki sifat tegas dan berpegang pada pendirian diri.
Pesanan Shahida

Dalam pada itu, isteri kepada usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri itu berkata, dia mahukan wasiat ke atas namanya jika disondol oleh mana-mana wanita.
Saya tak minta tapi andai kata terjadi, saya memilih untuk tidak bergaduh.
Kalau nak pergi, silakan.
Tapi wasiat kena atas nama saya. Yang ada orang ketiga sila keluar rumah sehelai sepinggang.
Walaupun rumah atas suami, kita berhak tuntut harta sepencarian.
Sumber: TikTok @fifeyyy








