Aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), PU Rahmat mendedahkan kepentingan penglibatan wanita dalam misi di bumi Palestin.

Artikel Berkaitan: Sukarelawan Malaysia Dalam Keadaan Selamat, Akan Dihantar Pulang Melalui Negara Ketiga

Artikel Berkaitan: Solidariti GSF, Orang Ramai Laung ‘Hancur Zi*n*s’ Depan Kedutaan Amerika Syarikat

Perempuan ada peranan

Menurut PU Rahmat, kesemua sukarelawan wanita ini memikul tanggungjawab untuk membantu golongan ibu dan anak-anak kecil yang menanti bantuan dengan penuh kesabaran.

Jelas PU Rahmat, bot yang dinaikinya dipenuhi dengan stok susu-susu formula.

Sebab mak sendiri tak boleh hasilkan susu. Sebab itu dalam kapal kami penuh dengan susu formula. Susu ini kalau sampai dekat Gaza, ini la benda pertama kami akan buat (bancuh susu).

Sebab itu kami bawa orang perempuan. Kalau ada orang bodoh kat luar sana tanya kenapa kena bawa wanita?

Perempuan kena sertai sebab bila dah sampai di Gaza.. mereka ini la yang akan peluk ibu-ibu, bagi anak-anak minum susu.

Saya tak boleh tahan tengok bayi menangis sampai hilang suara.

Video siaran langsung PU Rahmat di atas bot ketika dalam perjalanan ke Gaza dikongsikan semula oleh warganet di media sosial.

Ruangan komen dibanjiri pujian dan sokongan buat para srikandi yang gagah berani menyahut seruan misi ke Gaza.

@ayammaduz

PADE YANG BONGOK KECAM …PASTU PIKIR BUKAN2…KNALE KNE BAWAK PEREMPUAN..NAH HADAMKAN NI BONGOK ..INGAT BAWAK SUKE2 UNTUK JALAN2??? #globalsumudflotilla #PuRahmat #FreePalestine #fyp #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – Dapur_Ayah – Dapur_Ayah

Terdahulu, semua 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan berada dalam keadaan selamat dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga.

Mereka ialah penyanyi, Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah, yang menaiki kapal Hio; Nurfarahin Romli atau Farah Lee dan Danish Nazran Murad (Grande Blu); penyanyi Zizi Kirana (Huga); Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil (Alma) serta Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin dan Rusydi Ramli (Sirius).

Selain itu, Razali Awang (Inana); pempengaruh Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Ardell Aryana (Mikeno); PU Rahmat, Norhelmi Ab Ghani, Mohd Asmawi Mukhtar, Norazman Ishak (Estrella); Zainal Rashid dan Ustaz Muhammad (Fair Lady) serta Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali sebagai Haroqs, Muhd Haikal Luqman Zulkefli dan Taufiq Mohd Razif (Free Willy).

Wisma Putra memaklumkan kerajaan sedang mengambil langkah sewajarnya untuk menjamin keselamatan serta memastikan pembebasan segera peserta GSF terutama rakyat tempatan yang ditahan Israel.

Kerajaan Malaysia dalam kenyataan sama turut menegaskan penahanan peserta flotila oleh rejim Zionis adalah tidak sah dan menuntut agar mereka dibebaskan segera serta dilayan selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa.

Sumber: TikTok & Harian Metro