berita

[VIDEO] ‘Kami Bukan Orang Kaya, Apa Salah Suami Aku Sampai Kau Busuk Hati Nak Khianat?’

January 21st, 2020 | by Shira
Kini Trending

‘Rambut sama hitam, hati lain-lain’. Inilah peribahasa yang paling sesuai menggambarkan situasi yang dialami oleh seorang pengguna Facebook, Eja Norfaiza apabila mendakwa dia dan keluarga telah dianiaya individu yang tidak dikenalinya. Namun apa yang lebih menyedihkan apabila individu itu dikatakan telah membakar lori milik suaminya yang juga digunakan untuk mencari rezeki.

Apa salah suami?

Ya Allah sesungguhnya aku terima ujian dari Mu ini dengan hati yang redha. Sesungguhnya semua dari Mu. 20 januari 2020 hari yang tak dapat aku lupakan suamiku dikhianati oleh orang sengaja membakar lori kami yang merupakan salah satu sumber kami mencari rezeki. Apa salah dia, apa dia buat sampai busuk hati nak khianat dekat kami. Kami bukan orang kaya nak dengki atau sakit hati. Mungkin sekarang hang tengah bertepuk tangan atas kesedihan orang lain.

Semoga dapat balasan

Allah maha adil, doa orang teraniaya ini Allah akan dengar mungkin balasan Allah bukan hari ini dan mungkin bukan kena dekat hang dan kemungkinan akan terjadi pada keluarga hang. Kita tak tahu. Siang malam suami aku sibuk kerja cari duit untuk anak bini tak ingat dunia. Dia sibuk cari duit sampai dengan aku dan anak pun tak terlayan. Dia tidak pernah kacau hidup orang. Tapi tak sangka dalam diam ada juga manusia yang tak suka.

Inilah adat dalam dunia bisnes. Untuk suami ku semoga kita sama-sama kuat menghadapi ujian dari Allah. Ini mungkin kesedihan kita hari ini tapi Allah nak gantikan kita dengan sesuatu yang lebih baik. Buat si pelaku, hang akan dapat balasan hang sama ada cepat atau lambat!

Sumber: Eja Norfaiza

SKIP THIS AD ×