Pelakon, Afifah Nasir berkongsi keterujaan bakal menimang cahaya mata lelaki dalam masa beberapa bulan ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Afifah Nasir Umum Hamil Anak Pertama – ‘Kini Bab Baru Bermula’

Artikel Berkaitan: Afifah Nasir Syukur Dikurniakan Ibu Yang Hebat, Tak Pernah Meminta Pada Anak-Anak– ‘Mama Malu Nak Susahkan Walaupun Kami Mampu’

Baby lelaki

Pemilik nama Nur Afifah Nasir, 32, meluahkan rasa syukur apabila keinginannya untuk dikurniakan anak lelaki akhirnya dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

Sungguh menakjubkan bagaimana Allah mendengar rancangan kami.

Sebelum ini, Hariz berkata dia mahu tahun 2024 hanya fokus pada hubungan kami dan berharap dapat menimang cahaya mata pada tahun 2025.

Kami juga ada berbincang mengenai jantina anak. Walaupun kami kata kami tidak kisah sama ada anak itu lelaki atau perempuan tapi jauh di sudut hati, kami mengharapkan bayi itu lelaki.

Kami mahukan Syed dan alhamdulillah Allah makbulkan.

Pada Mei lalu, Afifah berkongsi hamil anak pertama selepas genap setahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Syed Hariz.

Untuk rekod, Afifah dan Syed Hariz mendirikan rumah tangga pada 5 Mei lalu selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.

Sumber: Instagram