![[VIDEO] Kanak-Kanak Berusia 10 Tahun Kini Bergelar Hafiz Al-Quran – ‘Dari Umur Dia 3 Ke 4 Tahun Dah Mula Hafal’](https://media.ohbulan.com/2025/03/hafiz-cilik.jpg)

Kanak-kanak berusia 10 tahun meraih perhatian netizen apabila berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran di sebuah Akademi Al-Quran Akmal.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] DSV Mohon Maaf, Netizen Komen Bosan Tengok Hafal Al-Quran – ‘Saya Nak Bekalkan Ilmu Bermanfaat Bawa Ke Syurga’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Bukan Ditahan Di Penjara Tetapi Di Pusat Rehabilitasi’ – Apek Dedah Yassin Dah Hafal 20 Juzuk Al-Quran
Hafiz cilik
@danialhussin Adik Ziyad bukan nama asing dalam kalangan kami. Waktu usianya masih bayi, dia pernah viral, digelar sebagai Hafiz Cilik. Tapi yang orang tak tahu, gelaran tu bukan sekadar gelaran manja. Sejak kecil lagi, dia dah mula hafal surah-surah lazim. Umur baru 3, 4 tahun, dia dah boleh baca dan hafal beberapa surah dengan lancar. Mungkin orang diluar sana fikir gelaran Hafiz Cilik tu cuma satu kenangan manis waktu kecil. Tapi sebenarnya… dia teruskan usaha dia. Dan pada umur 9 tahun, dia melangkah masuk ke @Akademi Al-Quran AKMAL dengan satu niat yang sangat besar: nak khatam 30 juzuk dalam masa setahun. Adik Ziyad ni kami nampak dia antara pelajar yang paling kuat menangis. Bila tersangkut hafalan, dia menangis. Bila rasa penat, dia menangis. Tapi yang paling mengagumkan, dia tak pernah berhenti. Esoknya dia datang balik, sambung hafalan. Setiap hari, dia kejar target. Setiap minggu, dia ulang-ulang. Dan akhirnya, sesuatu yang kami semua tunggu-tunggu… berlaku juga. Kurang dari setahun, Adik Ziyad berjaya khatam 30 juzuk Al-Quran. Dia kini bukan sekadar digelar Hafiz Cilik, tapi benar-benar sudah menjadi seorang Hafiz Al-Quran. #hafizsetahun #akademiakmal #hafizalquran #akmal ? original sound – Danial Hussin
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Hafiz cilik yang dikenali sebagai Ziyad itu membuatkan rata-rata netizen kagum dan sebak dengan kejayaannya menghafal senaskah Al-Quran seawal usia 10 tahun.
Difahamkan, Ziyad mula menghafal sejak umurnya 3 tahun.
Adik Ziyad bukan nama asing dalam kalangan kami. Waktu usianya masih bayi, dia pernah viral dan digelar sebagai Hafiz Cilik.
Sejak kecil lagi, dia dah mula menghafal surah-surah lazim. Umur baru 3 ke 4 tahun dia dah boleh baca dan hafal beberapa surah dengan lancar.
Pada umur 9 tahun, Ziyad masuk akademi ini dengan satu niat besar iaitu untuk khatam 30 juzuk dalam masa setahun.
Dalam pada itu, Ziyad juga disifatkan seorang yang tidak mudah berputus asa dengan mengejar sasaran bagi hafalannya setiap minggu.
Tahniah! Didikan hebat




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mencemburui kejayaan Ziyad yang bergelar Hafiz Al-Quran seawal usianya 10 tahun. Selain itu, warganet turut mengucapkan tahniah atas didikan ibu bapanya yang membentuk Ziyad menjadi anak soleh.
Sumber: TikTok @danialhussin







![[VIDEO] Abiejam Jelaskan Tujuan Belanja RM12,000 Beli Squishy Untuk Kanak-Kanak – ‘Saya Tahu Ramai Ibu Tidak Mampu’](https://asset.ohbulan.com/2026/10/abiejam-2.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Prince Syed Berpakaian Wanita? Penampilan Cetus Tanda Tanya Netizen](https://asset.ohbulan.com/2026/09/prince-syed-16.jpg)