Seorang kanak-kanak lelaki meraih perhatian selepas dilihat menjadi imam untuk arwah ayah tercinta yang meninggal dunia.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jenazah Abang Ipar Tak Perlu Diawet, Penerbangan Dari Lombok Ke Kuala Lumpur Hanya Tiga Jam’ – Riezman Khuzaimi

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Selepas Urus Jenazah Pelarian, Ustaz Terima Panggilan Misteri – ‘Terima Kasih Urus Jenazah Saya & Isteri’

Imamkan jenazah ayah

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di aplikasi X, seorang kanak-kanak lelaki yang berusia lapan tahun meraih pujian dengan keberaniannya yang menjadi imam di sebuah masjid sebelum proses pengebumian arwah ayahnya.

Abang anak soleh. Papa abang mesti bangga dengan abang.

Abang imamkan solat jenazah papa tadi.

Semua orang bangga dengan abang.

Semoga tercapai cita-cita abang nak jadi Ustaz.

Tak tertahan sebak rasa sayu dengar alunan suara abang.

Tahniah adik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kanak-kanak lelaki itu yang menjadi contoh kepada orang ramai untuk mempelajari cara solat jenazah. Selain itu, warganet turut sebak menonton video berdurasi selama 1:13 saat itu yang menunjukkan ketabahan seorang anak mengimamkan arwah ayahnya.

Sumber: X @kamaghul