![[VIDEO] Kantoi! Netizen Nampak Shuib & Watie Syok Dating…’Sweetnya!’](https://media.ohbulan.com/2023/02/Screenshot-2023-02-23-at-12.14.57-PM.png)

Hubungan yang terjalin di antara Shuib dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai Watie ternyata mencuri tumpuan netizen sejak belakangan ini.
Artikel berkaitan: Shuib Komen Gambar Watie Siap Bagi Emoji Hati, ‘Yang Ini Tak Boleh Swipe, Kena Like’
Terbaru, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Myra memuat naik rakaman video sewaktu terserempak dengan pasangan tersebut di pintu masuk sebuah taman tema.
Nampak bahagia
https://www.tiktok.com/@myramalik26/video/7202892145546611995?refer=embed
Menerusi rakaman video tersebut, Shuib dan Watie dilihat sedang rancak berbual di sebuah bangku sebelum didatangi pasangan tersebut. Tidak ingin melepaskan peluang, wanita berkenaan sempat merekod video dan merakam gambar bersama kedua-dua mereka. Selain Shuib dan Watie, anak Shuib iaitu Talita turut dilihat dalam video berkenaan.
https://www.tiktok.com/@myramalik26/video/7202958751287069979?refer=embed
Meninjau di ruangan komen, netizen mendoakan yang terbaik buat Shuib dan Watie. Mereka berharap agar jodoh pasangan ini akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin.
Sumber: Myra malik








