berita

[VIDEO] Kantoikan Suami Dah Kahwin, Wanita Dipukul & Diheret Keliling Kampung

July 1st, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki di Bihar, India tergamak menarik rambut isteri serta mengheretnya keluar daripada rumah bakal isteri baharunya.

Rambut ditarik


Menerusi laporan yang dipetik daripada Daily Mail, si suami bertindak sedemikian selepas hasratnya untuk berkahwin lain mendapat tentangan hebat daripada isterinya. Rakaman insiden itu memaparkan wanita terbabit sudah terduduk di atas jalan sementara rambutnya ditarik oleh si suami.

Lebih mengejamkan apabila wanita itu dipaksa berdiri dan rambutnya dipegang sambil ditarik untuk berjalan. Si suami kemudian mengurung isterinya itu di dalam sebuah bilik.

Isteri datang rumah ‘bakal madu’

Menurut sumber, wanita terbabit telah mendapat berita bahawa suaminya akan berkahwin dengan wanita lain pada 25 Jun yang lalu. Namun, keadaan menjadi teruk apabila sehari sebelum majlis perkahwinan berlangsung, dia telah datang ke rumah berkenaan dan mengaku bahawa dia adalah isteri sah kepada lelaki itu.

Keluarga bakal pengantin perempuan telah menunda majlis perkahwinan tersebut selepas mendengar berita berkenaan. Difahamkan juga, tidak jelas sama ada lelaki tersebut dibenarkan atau tidak secara sah untuk berkahwin dengan wanita lain.

Sumber: Daily Mail

SKIP THIS AD ×