Selebriti dan pereka fesyen, Karl Syafek mencurahkan pengalaman dikecewakan dalam percintaan melalui karya dan rekaan busana pada koleksi Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2025 (KLFW2025).

Artikel Berkaitan: ‘Darah Daging Sendiri Panggil Anj*ng, Hanya Kerana Aku Pertahankan Mak Abah’ – Karl Shafek

Artikel Berkaitan: Karl Shafek Tanggung Rugi RM500,00 Selepas Penaja Tarik Diri – ‘Tiada Hitam Putih Sebab Percaya Melayu Dengan Melayu’

Cara tersendiri untuk healing

@ohbulanofficial

Selebriti dan pereka fesyen, Karl Syafek mencurahkan pengalaman dikecewakan dalam percintaan melalui karya dan rekaan busana pada koleksi Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2025 #ohbulan #fyp #news #karlsyafek #klfw2025

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Ketika ditemui OhBulan, Karl atau nama sebenarnya Khairul Syafek Ibrahim, 35, berpendapat setiap individu memiliki cara tersendiri untuk merawat setiap luka yang dilalui.

Susulan itu, koleksi tahun ini diinspirasikan daripada kegagalan, kekecewaan, dan pengkhianatan cinta.

Saya rasa puas dengan mencurahkan daripada pengalaman saya.

Sebab itulah salah satu cara untuk kita merawat hati dan diri sendiri selain minta dari Tuhan.

Koleksi ini adalah kisah tentang bagaimana seseorang bangkit semula sebagai individu yang lebih kuat dan bijak selepas dikhianati.

Ia adalah refleksi terhadap luka lama yang membentuk siapa kita hari ini.

Karl berkata demikian ketika ditemui di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2025 ( KLFW2025) di Suria KLCC, pada Rabu.

Melempiaskan karya daripada pengalamanan

Berkongsi lebih lanjut, Karl akui pernah melalui fasa gelap dalam hubungan percintaan namun enggan membiarkan perasaan itu terlalu lama.

Ujarnya, dia memilih untuk membuat rekaan baju sebagai caranya tersendiri untuk merawat luka.

Sebenarnya saya puas hati dapat mencurahkan perasaan. Mungkin orang akan fikir yang saya ini patah hati tetapi sebenarnya ini adalah idea yang saya simpan sekian lama.

Kalau kita rasa kecewa, adakah kita kena asyik meroyan atau menangis sahaja?

Bagi saya, kecewa ini bukan sekadar dalam perhubungan tetapi juga dalam kehidupan.

Jadi ini (rekaan busana) adalah antara terapi untuk diri saya juga. Dalam erti kata lain, kalau ada kekecewaan yang pernah berlaku sebelum ini, saya curahkan dengan berkarya, melalui buat baju.

Kekal dengan DNA streetwear yang menjadi identiti NEONATE, koleksi ini menggabungkan elemen majlis perkahwinan namun dalam tona yang lebih gelap, misteri dan menyentuh emosi.