Suka atau tidak apabila hadiah pemberian anda dibuang begitu sahaja seolah-olah tiada nilai. Pasti perkara tersebut akan membuatkan anda berasa sedikit kecil hati. Namun, walaupun ia sekadar gurauan namun mungkin ada segelintir orang merasakan kelakuan ini agak biadab dan kurang hajar.
Baru-baru ini, Zizan Razak dan Shaheizy Sam telah menjadi artis undangan untuk program hiburan Meletop untuk mempromosikan sebuah filem tv. Turut hadir sama ketika itu Syatilla Melvin serta anaknya Syeriv Samheizy. Namun sampai di penghujung rancangan dikatakan Zizan telah menyediakan hadiah buat Syeriv dan ianya berupa kasut. Tetapi, reaksi dan tindakan Shaheizy Sam ini telah membuat penonton terkejut.
Zizan terkedu?
Sam dikatakan tanpa rasa bersalah telah mencampak hadiah pemberian daripada Zizan kepada anaknya itu. Syatilla turut memberi tahu bahawa anaknya sudah lama memiliki kasut yang sama seperti Zizan hadiahkan. Mungkin sahaja Sam ingin bergurau, tetapi Zizan dilihat seakan terkedu dengan respond pasangan tersebut.
Dikecam netizen
Mungkin Sam bukan sengaja mencampakkan kasut tersebut sehinggakan memaksa Nabil untuk bangun mengambil kasut tersebut di lantai. Rata-rata netizen agak keliru dengan Sam dan Zizan kerana mereka boleh dikatakan melawak hampir setiap masa sehinggakan tidak tahu mana yang serius dan bergurau. Namun, gurauan seperti ini agak kurang sesuai lagi-lagi apabila seseorang itu ingin memberi hadiah kepada kita.
Terima kasih Zizan
https://www.instagram.com/p/BdNen0Znw-2/?hl=en&taken-by=shaheizy_sam
Namun begitu, Sam telah memuat naik sebuah gambar di Instagramnya untuk berterima kasih kepada Zizan di atas kasut yang dihadiahkan kepada anaknya itu. Sam memberi tahu kasut tersebut amat sesuai dengan anaknya dan dia dalam nada bergurau meminta Zizan membelikan kasut tersebut untuk dirinya pula selepas ini.
Sumber: Meletop, Shaheizy Sam