berita

[VIDEO] Katering Tak Datang, Keluarga Pengantin Terpaksa Masak Sendiri.. Rupanya Wedding Planner Tak Bayar

June 7th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Siapa je yang tidak geram apabila majlis perkahwinannya menghadapi masalah terutamanya soal makanan. Baru-baru ini, seorang wanita dan keluarganya berdepan dengan situasi panik apabila mereka terpaksa bergotong-royong menyediakan hidangan kenduri gara-gara pihak katering tidak menghantar makanan pada hari yang ditetapkan.

Pihak katering tak datang hantar makanan

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok dikenali sebagai Ajan Reduan, berkongsi situasi yang dihadapi oleh sepupunya itu di mana mereka terpaksa memasak lauk kenduri kerana pihak katering tidak hadir.

Pergi rumah sepupu kahwin, katering tak hantar makanan dan semua keluarga bertungkus-lumus masak sendiri apa yang patut. Kesian.

Susulan daripada itu, pihak pengantin telah membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan kerana mereka menanggung kerugiaan yang besar gara-gara ditipu oleh pihak katering.

Laporan polis dah dibuat, semoga tabah.

Dalam pada itu, pengantin perempuan yang dikenali sebagai Zahirah turut tampil menjelaskan isu berkenaan. Dia mendapat tahu bahawa pihak katering tidak dapat menghantar makanan pada pukul 7.00 pagi. Difahamkan, pihak wedding planner tidak membayar duit kepada pihak katering sehingga menyebabkan makanan tidak sampai.

Ujarnya lagi, dia terpaksa mengeluarkan duitnya sendiri demi menempah makanan pada saat akhir sebelum majlis berlangsung kerana risau tetamu yang hadir tidak dapat menjamu selera.

Disaat hari majlis saya. Katering tak datang. Kerugian banyak dah. Keluar lagi duit sendiri untuk order makanan last minute. Kalau tidak kesian tetamu yang datang tak ada makanan. Terima kasih makcik-makcik, pakcik-pakcik, sepupu sepapat yang tolong masak last minute jugak.

‘Nasi sebutir pun tak ada dari pihak katering’

@ajanreduan01 Semoga dipermudahkan majlis ?#fyp #fypmalaysia?? #masukberanda #qiszan #weddingplanner #sabar ? original sound – Fadhli – TuanFadhli

@marchgirl11Disaat hari majlis saya , katering tak datang. Dapat tawu pagi majlis dalam pukul 7pagi. Kerugian banyak dah , keluar lagi duit sendiri untuk oder makan last minit, kalau tidak kesian tetamu yg datang takde makanan? Terimakasih makcik² pakcik² sepupu sepapat yg tolong masak last minit jugak ??? bunyi asal – Rizkalovers by Zahirah

Sumber : marchgirl11, ajanreduan01

SKIP THIS AD ×