berita

[VIDEO] Kau Buat Apa Dekat Luar Beranda Tu Dik?

November 11th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Cemas dan menggerikan! Itulah ungkapan sesuai digunakan bagi menggambarkan tindakan seorang kanak-kanak perempuan yang dilihat berada di luar beranda sebuah rumah. Video tersebut bagaimanapun, telah meraih perhatian daripada wargamaya yang turut risau akan keselamatan kanak-kanak itu.

Video penuh:

Menerusi video pendek dikongsi Warga Taman Keramat di laman Facebook, memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang sedang berjalan di luar beranda rumah sebelum memanjat masuk semula ke dalam.

Mengulas lebih lanjut, pemilik video tersebut mencadangkan supaya pemilik rumah mengambil langkah berjaga-jaga dengan memasang pagar besi di luar rumah bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku.

Berderau darah weh! Ya Allah, kalau boleh buat grill sampai atas. Tutup habis pun tak apa, tak boleh nak jangka apa-apa pun boleh berlaku.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi asal di mana kejadian tersebut berlaku. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa risau jika berlakunya perkara yang tidak diigini kepada kanak-kanak ini.

Respon netizen

Sumber: Warga Taman Keramat

SKIP THIS AD ×