berita

[VIDEO] Ke Kiri, Ke Kanan Sebelum ‘Landing’ Tengah Jalan

July 20th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Tidak tahu apa puncanya, sebuah motosikal dikatakan ditunggang seperti orang mabuk apabila terhuyung-hayang dari kiri ke kanan jalan raya. Kejadian itu berjaya dirakam dan telah dimuat naik menerusi Twitter Hakim.

Disebabkan cara penunggang tersebut jatuh di tengah pembahagi jalan secara terbaring dan motosikalnya masih tegak berdiri, rata-rata netizen terhibur. Hal ini kerana kejadian seperti itu jarang berlaku. Turut dikatakan bahawa penunggang motosikal itu dalam keadaan selamat.

Auto baring

Rakaman video tersebut berjaya dirakam seorang penumpang kereta yang berada di belakang motosikal berkenaan. Motosikal yang ditunggang seorang lelaki itu dikatakan seperti tidak stabil kerana sering ke kiri dan ke kanan jalan raya.

Cubaan pemandu kereta untuk membunyikan hon supaya dapat menyedarkan si penunggang itu tidak berjaya. Sebelum tiba di sebuah persimpangan lampu isyarat, penunggang motosikal berkenaan jatuh di tengah pembahagi jalan secara terbaring. Namun yang peliknya, motosikal tersebut tidak terjatuh.

Landing dia memang terbaik!

Sumber: Hakim

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×