![[VIDEO] Kebun Hangus Dalam Kebakaran, Ben Amir Cemas Rumah Hampir Musnah – ‘Angin Terlalu Kuat, Api Cepat Merebak’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/IMG_7803.jpg)
Pelakon Ben Amir berdepan detik cemas apabila kebun yang diusahakannya hangus dijilat api sehingga hampir memusnahkan kediamannya, di Pulau Siargao, Filipina pada Ahad.
Artikel Berkaitan: Ben Amir Selamat Bernikah – ‘Dengan Izin Allah Kami Disatukan’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Akan Block Semua Yang Negatif, Ketenangan Jiwa Lebih Dari Semuanya’ – Isteri Ben Amir
Kebun Ben Amir terbakar
Ben atau nama lengkapnya, Ben Muhammad Amir Sabaruddin, 36, berkongsi perkara itu menerusi satu video di Instagram yang memaparkan situasi kebakaran berhampiran kediamannya.
Menurut Ben, kejadian berlaku ketika dia sedang berehat di rumah sebelum menyedari bau asap yang sangat kuat.
Kebakaran hutan yang hampir memusnahkan rumah kami. Tadi aku tengah rehat dekat rumah bila tiba-tiba bau asap kuat gila.
Ujarnya, keadaan semakin cemas apabila api mula merebak dengan cepat akibat tiupan angin yang kuat sehingga menyebabkan seluruh kawasan dipenuhi asap.
It was a wildfire terbakar dekat tanah sebelah rumah aku dan disebabkan angin terlalu kuat, api merebak dengan cepat.
Seluruh kawasan dipenuhi asap dan sejujurnya, memang menakutkan.
Bagaimanapun, Ben bersyukur kerana dia dan individu lain yang berada di kediaman tersebut selamat, manakala rumah mereka juga tidak mengalami kemusnahan.
Nasib baik kami semua selamat dan rumah kami masih dalam keadaan baik. Tapi kejadian ini memang buat kami sangat terkejut.
Dalam perkongsian sama, Ben turut menzahirkan penghargaan kepada orang ramai yang tampil membantu mengawal kebakaran di kawasan terbabit.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang tampil membantu, memeriksa keadaan jiran-jiran serta cuba mengawal kebakaran ini.
Kejadian ini boleh sahaja berakhir dengan keadaan yang jauh lebih buruk.
Saya sangat nersyukur kerana kami semua selamat, rumah kami masih berdiri dan kami masih diberi peluang untuk bangun dan meneruskan kehidupan esok.
Tolong jaga keselamatan masing-masing.
Sumber: Instagram Ben Amir








