berita

[VIDEO] Kecoh Satu Rumah Bila Kucing Peliharaan Bawa Balik ‘Hadiah’

September 13th, 2019 | by Amirul Asraf
Video Popular

Kalau korang nak tahu, hampir separuh daripada bilangan rakyat Malaysia memelihara kucing. Mana taknya, haiwan tersebut dikategorikan sebagai haiwan paling manja dan jinak. Siapa yang bela kucing je akan tahu betapa manja dan jinaknya diorang ni kan? Kadang-kadang boleh cair dan ketawa melihat gelagat diorang!

Menerusi Twitter Darleen Zakir, wanita ini berkongsi sebuah video mengenai kucing kesayangannya. Menurutnya, kucing tersebut melakukan sebuah kejutan buat mereka sekeluarga apabila memberi hadiah seekor tikus. Lebih menghiburkan, tikus yang dianggap sudah mati itu masih hidup dan bergerak.

Ingat bangkai rupanya hidup lagi

Menerusi video 0:18 saat itu, kucing peliharaan Darleen membawa masuk seekor tikus ke dalam rumah. Pada awalnya, mereka sekeluarga beranggapan tikus yang dibawa pulang itu adalah bangkai semata-mata. Malangnya, suasana bertukar riuh apabila tikus berkenaan masih hidup dan berkeliaran di dalam rumah.

Gara-gara terkejut dengan kejadian berkenaan, semua yang berada di dalam rumah pada ketika itu lari bertempiaran. Rakaman di saat akhir tersebut disusuli dengan gelak ketawa mereka sekeluarga. Perkongsian video itu menjadi viral apabila netizen turut terhibur dengan kejadian tersebut. Tidak ketinggalan, netizen turut berkongsi pengalaman yang sama.

My cat bawa balik kepala ayam

While my cat

Same as mine

Bawa ular letak dekat kaki

Same here!

Reaksi netizen

Rata-rata netizen terhibur dengan video tersebut. Menurut netizen, mereka turut merasai pengalaman yang sama apabila kucing peliharaan mereka membawa balik binatang dan pelbagai benda mahupun barang ke dalam rumah.

Sumber: Darleen Zakir

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×