berita

[VIDEO] Kehadiran Bella Astillah Di Pejabat Agama Islam Cetus Tanda Tanya – ‘Siapa Pula Buat Hal Kali Ni?’

March 9th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Kehadiran pelakon Bella Astillah di Pejabat Agama Islam seawal jam 2.40 pagi telah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan wargamaya.

Apa Bella buat dekat pejabat agama?

Menerusi video pendek yang dikongsikan di TikTok Melodi memaparkan isteri kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz itu memakai baju berwarna merah jambu dan berseluar jeans biru yang dipadankan dengan tudung berwarna hitam.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah turut dilihat mengenakan pelitup muka berada di kawasan terbabit sambil menggunakan telefon bimbit ditemani dua individu di sisinya.

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah muncul di Pejabat Agama Islam jam 2.40 pagi, ada apa tu Bella?

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada wargamaya yang tertanya-tanya mengenai kehadiran Bella di Pejabat Agama Islam tersebut. Tidak kurang juga, ramai yang mula membuat spekulasi berhubung situasi yang berlaku.

Video

@melodiberapi Alamak buat ape Bella pagi-pagi buta di Pejabat Agama Islam ini?? ??? #meloditv3 #ceritaartismalaysia #bellaAstillah #fyp??viral?tiktok #panas ? original sound – Melodi tv3

Sumber: Melodi

SKIP THIS AD ×