![[VIDEO] Keith Foo Harap Ramai Tak Tuding Jari Pada Industri Seni Tentang Isu Moral – ‘Kesedaran Mula Dari Rumah’](https://asset.ohbulan.com/2025/10/keith-foo-2.jpg)
Sebagai seorang bapa, pelakon Keith Foo tidak lari dari mempunyai rasa bimbang dengan rentetan isu yang melibatkan moral pelajar sekolah sejak kebelakangan ini.
Artikel Berkaitan: ‘Perangai Anak-Anak Bermula Dari Rumah, Bukan Sekolah’ – Keith Foo
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Riena Diana ‘Throwback’ Lakonan Keith Foo Dalam Video Muzik – ‘Kau Propose Rossa Tapi Tak Propose Dekat Aku’
Peranan sekolah & ibu bapa
Ketika ditemui OhBulan!, Keith atau nama lengkapnya Foo Chuan Chi, 42, berpendapat keperibadian anak-anak dibentuk adalah hasil didikan di rumah selain ibu bapa juga perlu cakna dengan setiap aktiviti mereka.
Kesedaran tentang perkara ini sebenarnya bermula dari rumah dan juga sekolah.
Sebagai ibu bapa pun kita kena mainkan peranan penting, perlu tahu jadual anak..pergi sekolah pukul berapa dan habis sekolah jam berapa.
Dalam masa yang sama, Keith berkata, kerjasama antara ibu bapa dan pihak sekolah juga perlu dilakukan untuk memantau dan menjaga keselamatan anak-anak.
Jika sekolah tidak menjaga keselamatan keluar masuk pelajar, itu mesti disemak semula.
Jadi kita perlu bersama-sama dengan guru bekerjasama untuk mengelakkan perkara yang tidak diingin berlaku.
Takkan kita nak letak CCTV di seluruh sekolah? Atau letak kamera di kepala anak?
Keith berkata demikian ketika ditemui di perkarangan studio program MeleTOP yang berlangsung di Astro, Bukit Jalil pada Selasa.
Tidak menuding jari
Bagaimanapun, pelakon drama Salju Rindu Di Bumi Auckland itu menegaskan bahawa industri seni bukanlah punca utama kemerosotan moral.
Kita tidak boleh menyalahkan antara satu sama lain kerana perkara ini bermula dari rumah.
Anak-anak sekarang mempunyai akses (internet), sekali klik sahaja dia boleh tahu macam-macam. Jadi, kita sepatutnya menyekat ia dari awal lagi.
Pengaruh yang ada di luar sana pun salah satu faktor juga.
Sebagai ibu bapa kita kena ambil tahu dan sesama kita sendiri perlu mewujudkan kesedaran.
Terdahulu, negara digemparkan dengan berita seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat maut ditikam seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah di Selangor.
Sebelum itu, di Melaka pula, empat pelajar lelaki didakwa merogol seorang pelajar perempuan secara bergilir-gilir dan bertindak merakam perbuatan tersebut menggunakan telefon bimbit.
Sekadar info, Keith pernah mendirikan rumah tangga dengan model dan usahawan, Kim Raymond pada November 2015.
Namun, mereka bercerai pada Disember 2019 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Skylar Raymond Foo yang kini berusia lapan tahun.








