Pelakon Keith Foo akui lebih selesa mengehadkan perkongsian mengenai kehidupan peribadi di media sosial kerana percaya kepada kewujudan penyakit ain.

Artikel Berkaitan: Keith Foo Cedera Terkena Pisau Ketika Penggambaran, Tetap Teruskan Lakonan Walaupun Diminta ‘Cut’

Artikel Berkaitan: ‘Sehingga Hari Ini, Saya Masih Mencintai Kamu’ – Keith Foo Titip Ucapan Penuh Kasih Buat Riena Diana

Percaya penyakit ain

Ketika ditemui OhBulan!, Keith atau nama sebenarnya Foo Chuan Chin, berpendapat tidak semua perkara dalam kehidupan perlu dikongsikan kepada umum, apatah lagi yang melibatkan hal peribadi.

Tambah Keith, perkongsian di media sosial lebih tertumpu kepada perkara berkaitan kerjaya, manakala urusan peribadi sebaiknya disimpan sebagai ruang privasi antara mereka.

Bagi saya, ada perkara melibatkan isu dan kehidupan peribadi yang lebih baik disimpan sendiri.

Kalau berkaitan kerja, memang kami akan kongsikan semuanya.

Namun, dalam perkara tertentu, kita perlu tahu batas masing-masing.

Keith berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan eksklusif dua episod terakhir drama bersiri Suamiku Anak Mak yang berlangsung di Kingston Hotel, Kuala Lumpur, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Keith yang bukan beragama Islam turut menyifatkan penyakit ain mempunyai persamaan dengan konsep evil eye dalam kepercayaannya.

Menurut Keith, ibunya sering menitipkan pesanan supaya lebih berhati-hati dalam berkongsi hal peribadi, malah turut mengingatkan Riena mengenai perkara yang sama.

Penyakit ain itu juga sesuatu yang saya percaya.

Dalam kepercayaan saya pun ada perkara yang sama. Kami memanggilnya evil eye.

Kadang-kadang, dia turut memberitahu Riena. Ibu sentiasa mengingatkan kami berdua.