berita

[VIDEO] Kejar Boyfriend Curang, Dua Beranak Rempuh Kereta Di Lampu Isyarat

January 21st, 2022 | by Shahira
Kini Trending
Baru-baru ini viral satu video di media sosial memaparkan dua beranak mengalami kecederaan ringan selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabit dalam satu kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta. Menurut sumber, insiden cemas itu berlaku di lampu isyarat Jalan Sempadan, Parit Buntar, Perak.

 Kejar boyfriend curang

Menerusi video berdurasi 21 saat yang dikongsikan, insiden tersebut dipercayai berpunca apabila wanita berkenaan menunggang motosikal jenis Yamaha Ego dengan kelajuan yang tinggi sehingga mengabaikan lampu isyarat merah. Susulan daripada itu, motosikal terbabit telah hilang kawalan dan melanggar bahagian tepi kereta jenis Perodua Myvi dipandu seorang jurutera berusia 27 tahun hingga mengakibatkan penunggang motosikal jatuh di atas jalan manakala pembonceng tercampak ke atas bonet kereta.

Menurut sumber, dia dipercayai nekad bertindak sedemikian kerana mahu mengejar sebuah kenderaan lain yang dipercayai dinaiki oleh teman lelakinya bersama wanita lain.

Langgar lampu merah

Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat, kemalangan yang berlaku pada Ahad lalu itu membabitkan penunggang motosikal iaitu seorang remaja perempuan berusia 17 tahun bersama ibunya (pembonceng) berusia 56 tahun.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa kereta yang dipandu lelaki terbabit dari arah Parit Buntar hendak balik ke Bandar Bharu, Kedah.

Setibanya di lokasi, lampu isyarat telah hijau dan mangsa meneruskan perjalanan sebelum motosikal dinaiki dua wanita itu yang datang dari arah sebelah kanan melanggar bahagian tepi dipercayai tidak mematuhi lampu isyarat merah.

Berikutan daripada pelanggaran yang berlaku, penunggang dan pembonceng mengalami luka di kaki dan badan, manakala kereta mengalami kerosakan di bahagian pintu, cermin hadapan serta lampu pecah. Difahamkan, kertas siasatan telah dibuka di bawah Rule 10 LN166/59.

Video kemalangan

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×