berita

Video Kejutan Fasha Untuk Aidil Umum Hamil 3 Minggu Bikin Netizen Sebak

May 22nd, 2019 | by faris
Video Popular

Pelakon Fasha Sandha telah menamatkan zaman janda apabila sah menjadi isteri Aidil Aziz pada 30 Mac lalu dalam majlis penuh meriah dihadiri rakan-rakan serta saudara mara. Perkahwinan tersebut merupakan yang kedua buat Fasha manakala pertama kali untuk Aidil.

Sudah menjadi kebiasaan pasangan artis baru mendirikan rumah tangga, semestinya ramai peminat yang ternanti-nanti berita gembira pengumuman kehamilan artis pujaan mereka itu. Aidil dikejutkan dengan berita kehamilan Fasha itu dalam satu video menyentuh hati di Instagram.

Hamil 3 minggu

 

View this post on Instagram

 

Kena surprised masa photoshoot dekat studio @pinography . Thanks Allah,Isteri & Family.?

A post shared by Aidil Aziz (@itsaidilaziz) on

Video berdurasi 2 minit 33 saat itu pada mulanya merakam Aidil mencari-cari sesuatu dalam timbunan barang. Dia kemudian membaca sepucuk surat dipercayai daripada isterinya itu. Tidak lama kemudian, kedengaran suara Fasha mengucapkan tahniah sambil disambut senyuman penuh bahagia Aidil.

Pasangan ini kemudiannya berpelukan dan menangis kegembiraan menerima perkhabaran tersebut. Menurut Fasha kepada Harian Metro, kandungannya berusia tiga minggu namun masih tidak sempat untuk ke klinik bagi sesi temujanji doktor.

Fasha mengakui dia sering muntah-muntah yang mungkin padanya gara-gara salah makan. Namun, kitaran haidnya yang lewat membuatkan dia mengesyaki sedang ‘berisi’.

Pelakon yang menempa nama dengan drama Natasya ini kemudiannya membuat ujian kehamilan dan mendapati dia positif mengandung.

Sumber: Aidil Aziz, Harian Metro

The following two tabs change content below.