berita

[VIDEO] Kelar Leher Rakan Sampai Mati Sebab Tak Boleh Terima Teguran

April 22nd, 2019 | by Amirul Asraf
Video Popular

Gara-gara tidak berpuas hati dengan teguran rakan sekerja, seorang lelaki berusia 19 tahun mengelar leher rakannya menggunakan pisau pemotong sayur di sebuah kedai makan di Taman Bukit Emas, Seremban, Negeri Sembilan.

Menerusi laporan Harian Metro, lelaki tersebut menikam rakannya yang berusia 24 tahun itu, sekitar pukul 9.50 malam di kedai makan tersebut yang dipercayai tempat mereka bekerja. Wow ngerinya!

Tidak berpuas hati

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Rosli Ishak , suspek dipercayai tidak berpuas hati apabila ditegur rakannya mengenai hal tugas. Oleh itu, suspek bertindak untuk menikam rakannya itu yang merupakan warga Thailand.

Ketika di bahagian belakang dapur, berlaku pergaduhan dan suspek mengambil pisau pemotong sayur lalu kelar leher mangsa. Adik mangsa bersama beberapa pelanggan kedai makan yang berada di lokasi kejadian terus menangkap suspek.

Meninggal dunia

Anggota polis berjaya menangkap suspek di tempat kejadian dan merampas pisau yang dipercayai senjata untuk dijadikan bahan bukti.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Video kejadian

Sumber: Harian Metro & Info Roadblock JPJ/POLIS

SKIP THIS AD ×