berita

[VIDEO] Keluarga, Rakan Terkejut Bila Pasangan Ini Buat Kejutan Dapat Bayi Kembar!

November 14th, 2019 | by Amirul Asraf
Video Popular

Setiap pasangan suami isteri sememangnya mengimpikan cahaya mata sebagai anugerah terindah dalam kehidupan berumah tangga. Sama seperti pasangan Ruth dan Ben Shrauner dari Kansas, Amerika Syarikat ini.

Menerusi Instagram Ruth, dia berkongsi video reaksi gembira keluarga dan kenalannya, selepas mengetahui dirinya melahirkan bayi kembar. Pada masa yang sama, wanita itu turut berkongsi cabaran dan dugaannya semasa melakukan proses Intrauterine Insemination (IUI) dan In Vitro Fertilisation (IVF) untuk menimang zuriat.

Dua tahun mencuba, empat kali rawatan gagal

Menurut Ruth dan Ben Shrauner, setiap bulan mereka akan merasakan lebih banyak kegagalan jika mereka meneruskan usaha untuk mendapatkan zuriat. Namun, perasaan untuk terus berharap dan berdoa supaya rezeki berpihak kepada mereka masih tersimpan di dalam hati. Banyak ujian dan cabaran telah dilakukan setiap bulan, dan selepas dua tahun menanti, hasilnya ternyata mengembirakan.

Sepanjang dua tahun mencuba dan mendapatkan rawatan, kami telah melakukan empat jenis rawatan Intrauterine Insemination (IUI) namun kesemuanya gagal. Manakala, rawatan In vitro fertilisation (IVF) yang dilakukan di saat akhir memberi khabar gembira buat mereka. Khabar gembira tersebut kami kongsikan di media sosial.

Di saat hendak bersalin, Ruth dikejutkan dengan satu lagi berita gembira di mana dirinya sedang hamil anak kembar. Tambahnya, semasa melakukan rawatan IVF, mereka menggunakan dua telur, tetapi tidak tahu sama ada kedua-duanya diambil atau satu sahaja. Pasangan tersebut turut memutuskan untuk menyembunyikan hal berkenaan daripada pengetahuan keluarga dan kenalan. Ruth turut berkongsi di Instagram mengenai saiz perutnya yang semakin berkembang begitu banyak sebelum mengetahui berita sebenar.

Seolah mimpi indah

Mereka turut mengatakan mereka hanya meminta barangan untuk satu kanak-kanak, dan akan menyimpan barang-barang untuk yang lain di sekeliling rumah. Semasa pengumuman jantina, mereka bertindak menggunakan warna kelabu sebagai bukan warna khusus buat mana-mana jantina bayi.

Pada tanggal 14 Jun, Ruth telah selamat melahirkan bayi kembarnya iaitu seorang lelaki dan perempuan. Ruth dan suaminya memberi nama Jack dan Izzy buat bayi mereka. Tambahnya, momen tersebut seolah mimpi indah yang menjadi kenyataan sepanjang perkahwinan mereka. Setiap tindak balas dan reaksi ahli keluarga, kenalan sempat dirakam oleh Ruth semasa mereka mendedahkan berita gembira itu.

Sumber: Fox4kc & Ruthshrauner

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×