berita

[VIDEO] Kemalangan Ngeri Kereta ‘Disondol’ Sampai Tersepit Antara Dua Buah Lori, Mujur Mangsa Selamat!

June 17th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kemalangan jalan raya bukan sahaja berpunca dari diri sendiri, namun ianya boleh berpunca dari kesilapan pemandu lain yang cuai. Satu video viral di media sosial memaparkan kemalangan yang amat ngeri membabitkan sebuah kereta dan dua buah lori.

Menerusi laporan Daily Mail, kejadian berlaku di Xianyou, China itu berpunca selepas sebuah lori gagal berhenti di persimpangan lampu isyarat sebelum melanggar belakang kereta yang berada dihadapannya. Ekoran dilanggar dari belakang dengan kuat, kereta itu terhimpit di tengah-tengah antara dua lori.

Sungguh mengerikan

Kereta putih berkenaan dilihat sedang berhenti di belakang sebuah lori simen dalam jarak yang selamat bagi menunggu lampu isyarat bertukar menjadi hijau. Namun secara tiba-tiba, sebuah lori yang datang dari arah belakang dengan laju telah merempuh kereta tersebut sehingga ianya terhimpit di tengah-tengah antara dua lori itu.

Mujur mangsa selamat

Menurut pihak polis, pemandu lori tersebut dipercayai gagal untuk memerhatikan keadaan jalan sebelum merempuh kenderaan di hadapanya. Walau bagaimanapun, nasib yang menimpa kereta itu sangat baik kerana pemandu dan penumpang kereta tersebut hanya mengalami kecederaan. Kedua-dua mangsa merupakan cikgu yang mengajar di sebuah sekolah tempatan dan kini sedang dirawat di hospital bagi pemeriksaan lanjut.

Sumber: Daily Mail

SKIP THIS AD ×