Ekoran wabak Covid-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berusaha bertungkus lumus melakukan beberapa langkah pencegahan agar rakyat Malaysia terhindar dari dijangkiti Covid-19. Salah satu langkah KKM ialah memastikan bilangan pengunjung yang ingin melawat pesakit di hospital telah dihadkan. Satu rakaman video hasil perkongsian Fazli Wazil di Twitter yang memaparkan tanggungjawab seorang pengawal keselamatan hospital yang berusaha memberi penerangan kepada pelawat di hospital telah mendapat pujian KKM.
Waktu melawat dipendekkan
Semua hospital KKM telah memendekkan waktu lawatan bagi mengelak penularan jangkitan #COVID19 di hospital.
Golongan berisiko tinggi perlu elak ke hospital jika tiada ke urusan penting.
*Terbaiklah cara encik guard kita menerangkan kpd org ramai. https://t.co/uuGT29kqYq
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 18, 2020
Menerusi video yang berdurasi 33 saat itu memaparkan seorang pengawal keselamatan hospital memberi arahan kepada orang ramai berkenaan jumlah pelawat yang dibenarkan melawat seseorang pesakit. Seorang pesakit hanya dibenarkan menerima kunjungan 2 orang pelawat pada satu-satu masa dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk. Usaha penagawa keselamatan ini telah menerima pujian dari KKM dan orang ramai.
KKM menerusi Twitter rasminya menegaskan bahawa waktu lawatan di semua hospital telah dipendekkan bagi mengelak penularan jangkitan Covid-19 di hospital. Selain itu, mereka yang berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak ini haruslah mengelak dari pergi ke hospital jika tiada urusan penting.
Tolong naikkan pangkat abang ni
Sumber: KKM