Personaliti media sosial, Caprice mempersoalkan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang menjadikan misi kemanusiaan Sumud Flotilla sebagai satu isu negatif di media sosial.

Artikel Berkaitan: PU Rahmat Selar Individu Kait Perceraian Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Dengan Misi Sumud Flotilla – ‘Lidah Seorang Pembenci’

Artikel Berkaitan: ‘Nak Simpan Isteri Dalam Rumah & Layan Netflix Sampai 100 Episod, Silakan’ – PU Rahmat

Sumud Flotilla

View on Threads

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Caprice atau nama lengkapnya Ariz Ramli dilihat menanyakan pendapat secara umum ekoran Sumud 2.0 yang menjadi bualan hangat antara netizen.

Menurut Caprice, tidak salah bagi umat Islam memanfaatkan pemasaran sebagai usaha mengangkat suara dan membantu rakyat Palestin yang terus diuji tanpa henti.

Boleh tak sesiapa terangkan kepada terlalu banyak negativiti terhadap Sumud 2.0.

Ini pendapat peribadi saya, kalau propa sekali pun apa salahnya?

Apa salah umat Islam propa atau buat marketing demi Palestin.

Kenapa orang kita yang beragama Islam sudah mula mempertikaikan perjuangan Sumud Flotilla?

Adakah rakyat kita sudah tukar menjadi zionis?

Terdahulu, kenyataan peserta GSF itu menerima pelbagai reaksi ramai selepas dia mempertahankan pelakon Nadzmi Adhwa yang memberi kebenaran kepada isterinya, Ardell Aryana untuk berjuang di Sumud Flotilla 2.0.

Sumber: Threads @capricedaddycap