berita

[VIDEO] Kenapa Tiba-Tiba Ada Pondok Telefon di GM Klang Ni?

August 28th, 2023 | by Nurul
Kini Trending

Selalunya orang pergi GM Klang untuk membeli belah, maklumlah GM Klang kan Pusat Beli Belah Borong Terbesar di Malaysia. Nak cari baju, barangan perayaan, barangan rumah semuanya ada, senang cerita one stop centre lah!

Tapi lain pula jadinya kali ni apabila tiba-tiba ada sebuah pondok telefon berwarna merah pulak kat dalam GM Klang Mall ni.

Haa..kalau korang nak tahu, Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-66, kami telah buat ‘social experiment’ kepada rakyat Malaysia untuk lihat sedalam mana pengetahuan dan rasa sayangnya rakyat Malaysia terhadap negara kita ni. 

Kalau korang nak tahu apa yang jadi, jom layan video ni sampai habis! 

Haa..mesti korang yang tengok video ni pun sama-sama meneka jawapan dan mungkin ada antara korang yang pernah merasai pengalaman buruk seperti kakak dan abang dalam video ni.

Tapi, apa-apa pun, pada akhirnya kita semua hanya mahukan yang terbaik untuk negara kita yang tercinta ni, tak kisahlah jika korang datang dari bangsa dan latar belakang yang berbeza.

Yang penting, kita semua kena sentiasa bersatu dan jangan berpecah belah. Macam GM Klang lah, walaupun ada pelbagai barangan dan variasi makanan yang berbeza tapi semuanya dikumpulkan pada satu tempat sahaja, semua orang pun boleh shopping! 

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-66, Malaysia!

 

SKIP THIS AD ×