![[VIDEO] ‘Kesan Cinta Pertama Sangat Dalam & Tidak Akan Hilang’ – Perunding Motivasi](https://asset.ohbulan.com/2025/10/first-love.jpg)
Perunding motivasi, Fazli Aziz menegaskan bahawa cinta pertama meninggalkan kesan mendalam dalam hidup seseorang.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aqil Zulkiflee Kahwini Kawan Baik Sendiri – ‘Inilah Cinta Pertama Dan Terakhir Hingga Syurga’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Asyraf Khalid Kongsi Momen Pertama Kali Jatuh Cinta Dengan Tya Arifin – ‘Masuk Waktu Zohor Dia Cakap Nak Solat Sekejap’
Cinta pertama
Menerusi perkongsian yang diambil daripada program Wanita Hari Ini (WHI), Fazli berkata, kesan daripada cinta pertama amat dalam sehingga boleh menjejaskan sebuah rumah tangga yang dibina.
Ujarnya lanjut, ramai individu yang masih gagal untuk ‘move on’ daripada cinta pertama.
Hati-hati dengan cinta pertama.
Sebab kesan cinta pertama dalam. Ada banyak kajian berkaitan dalamnya kesan cinta pertama.
Dan macam tanah, walaupun direntap pokok itu, bila kita tutup kembali tanah tersebut, ianya akan ada kesan. Tetap melekuk.
Kesan ini tidak akan hilang.
Sebab itu ada orang dia hidup dalam keadaan masih lagi ingat dan kenang cinta pertama.
Pengalaman pertama adalah yang paling best. Oleh itu, kita akan sentiasa membandingkan.
Kesan itu memang sangat besar. Tak boleh move on, ada orang tak boleh kahwin.
Dan banyak jugak rumah tangga yang terjejas disebabkan cinta pertama.
Reaksi netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan perunding motivasi tersebut mengenai kesan cinta pertama. Selain itu, warganet turut berkongsi kisah cinta pertama yang masih segar dalam ingatan walaupun sudah lama berlalu.
Sumber: TikTok @whitv3








