Pasangan suami isteri, Shila Amzah dan Ubai sering mencuri perhatian warganet di media sosial terutama selepas mereka disatukan pada 4 Ogos lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shila Amzah Sah Milik Ubai Dengan Sekali Lafaz, Terima Mas Kahwin RM20 Ribu
Dress ketat
@ubaimz1 ? #ubaimz #ubaidillahshila #shilaamzah #shilaubairesepsi #shilaubai #shilaubainikah ? Wanita Terbaik – Furqan Fawwaz
Terbaru, Shila dan Ubai diraikan sekali lagi dalam sebuah majlis resepsi yang diadakan pada Ahad di Forest Valley Hall, Cheras. Menerusi video yang dimuat naik, Shila mengenakan busana berona putih manakala Ubai menggayakan black tuxedo suit.
Namun, apa yang menjadi bualan ramai adalah dress dipakai oleh Shila yang dikatakan terlalu ketat. Rata-rata netizen menganggap baju itu tidak sesuai memandangkan tubuh badan penyanyi berumur 33 tahun agak berisi.
Patut ada bunga tangan
Ada juga peminat yang menjelaskan teguran itu dibuat kerana Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah adalah seorang hijabis. Nampak tidak manis.
Meskipun begitu, wargamaya turut mendoakan kebahagiaan pasangan itu selain menyifatkan Shila sudah bertemu dengan lelaki yang tepat.
Terdahulu, Shila selamat bergelar isteri kepada pempengaruh media sosial, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai, 25, dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang.
Pada majlis itu, Shila menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 manakala hantaran dirahsiakan.
Sumber: Tiktok