berita

Video : Ketawa Terbahak-Bahak Dengan Filem Pendek Lagenda Ombak KL Sempit Balik Rumah

October 29th, 2012 | by Ai
Filem Antarabangsa

Lucu! Itu yang boleh digambarkan tatkala melihat video DGTV parody yang dibawakan khas oleh Digi ini. DGTV parody ini adalah hasil kerjasama kepakaran antara Twitterjaya TV, DiGi, @elmielmo, @TechSupremo, HTC, Paranormal Solutions, Fishermen Integrated dan Hydraskin dalam menyumbangkan ilham untuk menjayakan filem pendek ini.

Untuk pengetahuan, filem pendek ini adalah hasil gabungan kesemua filem-filem hangat yang pernah ditayangkan dipawagam. Bagi para penonton yang mengikuti filem-filem hebat dipawagam, pasti anda akan ketawa terbahak-bahak apabila melihat video parody yang dilakonkan oleh artis-artis ternama ini.

Antara para artis yang terlibat dalam menjayakan filem pendek DGTV Parody “Lagenda Ombak KL Sempit Balik Rumah” ini adalah Lisa Surihani, Shaheizy Sam, Mia Sara, Usop Wilcha dan Joseph Germani.

Jom saksikan video DGTV Parody untuk pertama kali kerjasama antara komuniti Twitterjaya dan selebriti-selebriti ternama :

SKIP THIS AD ×