![[VIDEO] Khai Buat Kejutan Sempena Hari Lahir Rosma, Netizen Doakan Kebahagiaan Keluarga – ‘Semoga Terus Bercinta Hingga Ke Jannah’](https://media.ohbulan.com/2025/04/rosma.jpg)
Penyanyi Rosma AF terkejut apabila menerima kejutan barangan berjenama daripada suaminya, penyanyi Khai AF sempena dengan ulang tahun kelahirannya pada Rabu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Vida Terkejut Kacak Buat Kejutan Sempena ‘Birthday’, Sebak Baca Kiriman Mesej Cik B Dari Sepanyol
Artikel Berkaitan: Isteri Titip Ucapan Istimewa Untuk Fizi Ali Sempena ‘Birthday’ – ‘ Awak Penyayang & Setia, Lelaki Yang Saya Pernah Impikan’
Hadiah berjenama
Menerusi perkongsian di TikTok, Khai memuat naik video memaparkan momen dia memberi hadiah kepada isterinya.
Selamat ulangtahun yang ke-40 sayang.
Semoga sayang sentiasa diberkati, dikurniakan kesihatan yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat.
Khai berkongsi pada awalnya dia bersama anak-anaknya telah membuat kejutan buat isterinya, Rosma di sebuah restoran.
Kemudian, Khai beredar sekejap bagi membeli barangan wangian daripada jenama Chanel sebagai hadiah.
Rosma atau nama sebenarnya Rosmayati Sidik yang sedang ralit dengan telefon terkejut dengan kejutan kedua itu.
Sekadar info, pasangan selebriti itu mengikat ikatan sah sejak 26 April 2008.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata Muhammad Amzar Danish, Nur Amani Damia, dan Nur Alya Dhania.
Sumber: TikTok