Personaliti media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming berada di negeri Kelantan kira-kira selama seminggu bagi menghulurkan bantuan susulan bencana banjir.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Agih Dengdeng Secara Percuma Untuk Mangsa Banjir Buat Netizen Kagum – ‘Salah Satu Sebab Rezeki Dia Luas, Adab & Tak Kedekut’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Utamakan Keberkatan, Nekad Takkan ‘Review’ Makanan Tak Sedap – ‘Kadang-Kadang Kita Lupa..’
Bantu mangsa banjir
@its_me_milaaaa 31k tengok kad KA decline ?? #khairulaming
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, kelihatan Khairul Aming sedang membuat pembayaran di kaunter sebuah pusat beli belah.
Difahamkan pempengaruh itu berbelanja untuk memberi barangan keperluan mangsa banjir.
Untuk pakaian sahaja RM19,330 Khairul Aming belanja untuk mangsa banjir.
‘Card declined’
Paling menarik perhatian adalah kesemua kad yang digunakan pempengaruh berusia 32 tahun tersebut ditolak kerana mempunyai baki dan limit yang tidak mencukupi.
Declined! Insufficient, betul lah belum ‘clear’ lagi kad. Satu Malaysia tengok malu Khairul Aming.
Kalau kena reject juga saya kena clear semua pembayaran dahulu sebab seminggu ini tak sempat nak buat apa, tidur pun tak sempat.
Minta la bank-bank dekat Malaysia bagi lebih sikit limit dekat saya.
Khairul Aming kemudian mengakhiri siaran langsung tersebut untuk melakukan urusan transaksi pembayaran kad miliknya.
Sumber: TikTok