Pempengaruh dan usahawan Khairul Aming meraih perhatian netizen dengan sifatnya yang suka berkongsi rezeki dengan pekerja-pekerjanya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Gandakan 60 Resipi Ramadan Tahun Ini, ‘Support’ Peniaga Lokal Di Bazar Dengan Buat ‘Live’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Utamakan Keberkatan, Nekad Takkan ‘Review’ Makanan Tak Sedap – ‘Kadang-Kadang Kita Lupa..’

Hargai staff

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Khairul atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman dilihat melengkapkan kebajikan kakitangan yang bekerja di bawahnya bagi persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurutnya, dia bersyukur dapat meneruskan tradisi ini secara berterusan.

Semalam kita tutup kilang untuk meraikan staff di bulan puasa.

Kita bawa semua shopping baju raya, beli barang dapur untuk preparation raya dengan keluarga, bagi duit raya dan juga berbuka puasa di hotel.

Syukur dan gembira dapat teruskan tradisi ini tahun demi tahun.

Nak kerja dengan KA

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh untuk memohon kerja dibawah jagaan pempengaruh yang berasal dari Kelantan itu. Selain itu, warganet turut memuji dan mendoakan agar Khairul Aming sentiasa dimurahkan rezeki.

Sumber: Instagram @khairulaming