Pempengaruh dan usahawan Khairul Aming berkongsi pembukaan restoran pertamanya, Rembayung setelah lebih sepuluh tahun mengukir nama dalam perniagaan makanan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mata & Telinga Dah Dilatih Untuk Dengar Komen’ – Khairul Aming Tak Sempat Rasa ‘Down’, Fokus Urus Bisnes

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Nasihat Usahawan Jangan Terlalu Selesa Berada Di ‘Comfort Zone’ – ‘Move On, Video Viral 5 Saat Orang Dah Lupa’

Restoran pertama, Rembayung

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Khairul Aming atau nama penuhnya Khairul Amin Kamarulzaman mendedahkan rahsia ini disimpan selama setahun.

Menurut Khairul Aming, pembinaan restoran pertamanya membabitkan kos sekitar RM4 juta bagi memastikan keselasaan kru bertugas dan pelanggan yang hadir.

Selepas setahun simpan rahsia, akhirnya hari ini saya boleh umum yang restoran pertama Khairul Aming telah pun siap dibina.

Dengan bermodalkan RM4 juta, kita bina restoran makanan kampung di atas tanah seluas 8,000 kaki di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Proses ini bermula dari awal tahun lagi, jadi prosesnya akan mengambil masa sedikit.

Berbekalkan rakan kongsi yang dah lama dalam industri restoran, kami bertiga berganding bahu untuk jadikan idea ini satu realiti.

Konsep kampung

Berkongsi lebih lanjut, Khairul Aming mengulas dengan lebih terperinci ekoran konsep restorannya yang menggunakan ‘vibe’ kampung.

Dari segi konsep, kita nak buat restoran yang besar sehingga boleh tampung 250 orang dalam satu masa.

Konsep kita pilih semi ‘glass-house’ dua tingkat bagi menampung orang ramai dari serata negara.

Kita nak angkat elemen kampung di tengah kota raya. Kita nak bila pelanggan masuk ke dalam restoran ini, ia akan beri satu pengalaman ‘dine-in’ lain daripada yang lain. Kita mahu pelanggan teringatkan kampung.

Selain itu, pempengaruh berusia 33 tahun itu membuka peluang pekerjaan kepada 50 anak tempatan yang bakal bertugas di restoran pertamanya, Rembayung, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Sumber: Instagram @khairulaming