Pempengaruh dan usahawan Khairul Aming tampil menjelaskan mengenai kenyataan yang mendakwa dirinya sombong dengan menolak tawaran luar.

Artikel Berkaitan: ‘Peringatan Kepada Saya & Peniaga Kecil Bila Berniaga Jagalah Keberkatan’ – Khairul Aming

Artikel Berkaitan: Pelanggan Jujur Dapat Dua Produk Padahal Cuma Beli Satu, Jawapan Khairul Aming Raih Pujian – ‘Tak Apa, Saya Halalkan’

Terlalu sibuk

@khairulamingfans_

Khairulaming pun manusia biasa macam kita jugak, ada limit & kekurangannya 🥹🙏🏻 @Khairulaming

♬ original sound – Fans KhairulAming – Fans KhairulAming

Menerusi perkongsian yang dimuat naikdi TikTok, Khairul Aming atau nama penuhnya Khairul Amin Kamarulzaman memaklumkan bahawa dirinya kini menerima banyak permintaan untuk bekerjasama daripada pelbagai pihak.

Bagaimanapun, kesibukannya dalam menguruskan perniagaan Dendeng Nyet Berapi dan Rendang Nyet Berapi menyebabkan dia tidak mampu memenuhi semua permintaan tersebut.

Saya ada baca orang cakap susah nak dapat dan hubungi saya.

Susah sebab saya tak mampu nak penuhi permintaan semua orang.

Alhamdulillah, saya dicari sangat ramai orang.

Hari-hari saya dicari sekolah, universiti, NGO, media, agensi dan macam-macam.

Dalam pada yang sama, saya adalah seorang usahawan. Bila saya berniaga, bangun pagi dah baca update tentang rendang, ayam masam dan elektrik di kilang.

Meski ada yang menganggap dirinya sombong, Khairul Aming memilih untuk berlapang dada dengan pandangan tersebut.

Takpelah saya reda bila dikata sombong. Kawan-kawan sendiri pun kalau cari saya, seminggu lepas itu baru saya balas.

Saya dah terbiasa kerja dari zaman sekolah.

Dalam pada itu, Khairul Aming turut menitipkan pesanan buat orang ramai agar sentiasa berusaha dengan tekun dan bijak dalam mengejar kejayaan.

Kalau nak berjaya kena rajin. Tapi kena rajin yang berstrategi.

Kalau rajin tak bertempat korang penat, tiada hasil.

Sumber: TiKTok @fanskhairulaming