![[VIDEO] Khairul Aming Tepis Dakwaan Rembayung Hanya Ambil Pekerja Melayu – ‘Saya Tidak Tapis Ikut Bangsa’](https://asset.ohbulan.com/2025/12/KA-du.jpg)
Pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming menepis dakwaan segelintir netizen yang mendakwa restoran miliknya, Rembayung hanya mengambil pekerja bangsa Melayu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming ‘Owner’ Restoran Rembayung, Simpan Rahsia Setahun – ‘Modal RM4 Juta Di Atas Tanah 8,000 Kaki’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mata & Telinga Dah Dilatih Untuk Dengar Komen’ – Khairul Aming Tak Sempat Rasa ‘Down’, Fokus Urus Bisnes
Tiada syarat

Menerusi klip dari siaran langsung di TikTok, Khairul Aming atau nama penuhnya Khairul Amin Kamarulzaman berkata dia tidak pernah meletakkan sebarang syarat untuk mereka yang mahu bekerja dengannya.
Malah, dia mengalu-alukan semua calon tanpa mengira latar belakang.
Saya tidak menetapkan apa-apa. Saya cuma kata ada kerja kosong saja. Tapi yang hantar emel kebanyakan Melayu, saya nak buat macam mana?
Takkan saya hendak paksa menetapkan bangsa tertentu mesti diambil mengikut nisbah tertentu.
Perkara itu tidak pernah ada. Saya welcome all.
Bercerita lanjut, Khairul Aming berkata dia pernah menawarkan pekerjaan kepada individu yang berbangsa selain Melayu.
Sesiapa yang memohon kerja, saya tidak tapis mengikut bangsa saya menemu duga semua ikut merit.
Malah, ada yang bukan Melayu mohon kerja, dia dapat kerja itu, saya bagi dia kerja.
Tapi dia kata ‘maaf cik, saya tidak boleh terima kerana tarikh pembukaan lama lagi, saya nak kerja secepat mungkin’.
Saya tidak kisah pun. Taknak ada mindset yang bukan-bukan. Saya welcome all. Apa yang masuk, saya terima saja.
Sumber: Threads





![[VIDEO] ‘Oksigen Di Singapura & Malaysia Juga Datang Dari Hutan Kami’ – Ketua Badan Komunikasi Pemerintah Indonesia](https://asset.ohbulan.com/2026/10/syahgan1.jpg)


