Pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming mendedahkan kos sebenar yang dibelanjakannya semasa proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk produk terbaharu iaitu Rendang Nyet Berapi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Dedah Kos Penggambaran Di New Zealand – ‘Jumlah Kami Berbelanja RM80,000’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nak Kata Saya Tak Ada ‘Haters’, Tipulah’ – Khairul Aming Minta Ibu Bapa Pantau Anak-Anak

Proses R&D

@khairulamingfans_

From burn out to sold out 🥹 Semua nampak manisnya kejayaan, tapi tak semua sanggup hadap penatnya nak sampai ke situ 😮‍💨 @Khairulaming #khairulaming #khairulamingfans #rendangnyetberapi #teamKA #walaming

♬ original sound – Fans KhairulAming – Fans KhairulAming

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Khairul Aming atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman memaklumkan bahawa ribuan kilo ayam terpaksa dibuang ketika proses tersebut.

Ayam yang saya buang semasa proses R&D (research and development) beribu-ribu kilo.

Saya betul-betul cerewet dari segi R&D dan kualiti, ada staf saya telefon beritahu rendang cair, warna ayam tak okay..lapan kawah pun buang.

Bagaimanapun, usahawan berusia 33 tahun itu tidak menganggap perkara tersebut sebagau satu pembaziran malah ia adalah proses normal untuk pengeluaran sesuatu produk.

Memang akan ada yang kata saya membazir, sebenarnya tidak ia adalah sebahagian daripada kos R&D.

Takkan saya nak bagi ayam yang hancur dan basi dekat orang.

Kalau saya tak buat begitu dan buat proses ini dilakukan dengan cincai, saya pula akan menganiaya orang. Tak berkat nanti.

Kos hampir RM1 juta

Dalam masa yang sama, Khairul Aming turut berkongsi cabaran yang dihadapinya sebelum melancarkan produk tersebut kepada pelanggan.

Setiap kali masak saya akan bagi lima ke lapan kawah untuk staf buat silap. Biar hangus dan cair, jadi barulah mereka akan belajar.

Pernah supplier hantar ayam okay tapi bila kita nak masak ayam jadi berlendir dan rendang jadi berbuih. Saya terpaksa buang 70 kawah dan kami rugi pada hari itu hampir RM150,000. Kejadian ini berlaku sehari sebelum pelancaran produk.

Seminggu sebelum itu, ada serpihan tulang ayam tersangkut dekat gear mesin retort dan ada 35 kawah rendang yang belum diproses lagi tapi akhirnya semua basi. RM70,000 ke RM80,000 ribu kerugian.

Meskipun berdepan dengan pelbagai masalah, risiko dan kerugian namun usahawan berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu tetap optimis demi menjaga kualiti produknya.

Production loss pun ada sebab nak buat rendang ini saya terpaksa kurangkan pengeluaran dendeng dan sambal.

Nak dekat RM1 juta juga kos R&D dan semua ini tapi pada saya tak ada masalah sebab boleh pulih semula. InsyaAllah minggu depan sudah boleh balik modal, yang penting kualiti.

Terdahulu, Khairul Aming mencipta rekod baharu apabila jualan Rendang Nyet Berapi berjaya mencecah RM1.8 juta dalam masa kurang dari dua minit.

Sumber: TikTok