Usahawan dan pempengaruh, Kieda Crepe menghadiahkan seutas jam tangan mewah kepada suaminya, Muhammad Hilmi Mohd Zaki.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Kieda Crepe Dibuli? – ‘Terima Kasih Sebab ‘Try Hard’ Ganggu Mental Kami’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kieda Crepe Menangis, Netizen Dakwa Kongsi Berita Kehamilan Terlalu Awal Punca Gugur – ‘Saya Cuma Teruja’
Hadiah untuk suami
@kiedacrepepenang @AMY KIEDA MERCHANDISE ?? @Kiedacrepepenang2
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra dan Hilmi dilihat sedang berada di sebuah kedai jam tangan.
Disebabkan suami sudah lama mahukan jam tangan, jadi hari ini kita beli jam yang dia teringin. Belikan dia jam paling berharga.
InsyaAllah usaha takkan mengkhianati hasil.
Kieda kemudian membayar jam tangan tersebut yang berharga RM10, 950.
Sebelum ini apa sahaja barang emas saya semua dia belanja dan saya nak apa pun dia ikut.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut gembira melihat pasangan tersebut malah memuji Kieda yang berkongsi rezeki bersama suami.
Alhamdulillah sesekali belanja suami kita tak salah bukan? Tulang belakang kita susah, senang dengan kita.
Wah harga boleh buat deposit kereta. Semoga Kieda dan suami dimurahkan rezeki.
Kalau ada rezeki saya pun nak belikan untuk suami. Janganlah pandang negatif video ni, hargai suami yang hargai isteri.
Bagaimanapun, ada juga warganet yang kurang senang dengan perkongsian Kieda terutama apabila dia mendedahkan harga jam tangan tersebut.
Sumber: TikTok Kieda Crepe